Ilmu Allah itu amat luas. Kalau kita ingin mempelajari dan menguasai segala ilmu dalam sehari mengikut keupayaan manusia biasa adalah mustahil.
Rujuk Surah Al Kahfi (18) ayat 109 :
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
Jelas dari ayat ini menghuraikan bagaimana ilmu Allah yang luas itu tidak dapat habis ditulis walaupun pena (atau pen) kita diisi dengan dakwat lautan yang luas. Mengikut Lembaga Survei Geologi Amerika Syarikat mengatakan sebanyak 72% permukaan bumi tertutup oleh air. Bayangkan kalau bumi yang diliputi oleh air sebanyak itu pun tidak akan dapat habis menulis semula kalimat-kalimat atau ilmu-ilmu Allah, maka terbukti ilmu Allah itu amatlah luas.
Surah Al Baqarah (2) ayat 239:
"Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka shalatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (shalatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui"
Dalam apa jua yang kita lakukan Allah akan mengajar kita apa yang kita tidak ketahui. Dari tidak pandai menjadi pandai. Dari tidak tahu menjadi tahu. Seperti contoh di atas apabila kita dalam bahaya (risau lewat sampai ke destinasi sebab waktu gelap) untuk solat misalannya, maka Allah ajarkan kita supaya solat dalam perjalanan atau dalam kenderaan. Allah mengajarkan kita cara untuk solat dalam keadaan yang kita rasakan bahaya. Kalau kita tidak ada ilmu dalam sesuatu perkara itu sebelumnya maka kita cuba untuk mempelajari untuk menambahbaikkan diri untuk kehidupan sekarang dan seterusnya.
Resepi Kek Coklat Kukus
(Di petik dari Rasa - Rasa Semenanjung - Tesco)
Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak / mentega cair
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbut penaik
Bahan C :
3 biji telur
Lapisan Coklat :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak masak / mentega cair
1/2 cawan gula
1/4 cawan susu pekat manis
Cara - cara :
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak (menggunakan api kecil) kacau menggunakan spatula sehingga semua bahan sebati. Tutup dan sejukkan.
2. Bahan B dicampur dan diayak.
3. Putarkan bahan C dalam pemukul sehingga kembang. Masukkan bahan A dan bahan B sedikit semi sedikit sehingga sekata.
4. Lapik acuan kek (saiz kek 1 kg kek) dgn aluminium foil dan kukus selama sejam.
5. Masak semua bahan untuk lapisan coklat. Tuang ke atas kek yang telah disejukkan.
Selamat mencuba...:)
No comments:
Post a Comment